Home Dunia Mahkamah Mesir arah pemilik Ever Given bayar pampasan AS$900 juta – Media

Mahkamah Mesir arah pemilik Ever Given bayar pampasan AS$900 juta – Media

Kapal gergasi Ever Given yang tersangkut di Terusan Suez. foto Agensi

KAHERAH – Mahkamah Mesir hari ini memutuskan untuk merampas kapal Ever Given yang menghalang Terusan Suez hampir seminggu sehingga pampasan sebanyak AS$900 juta dibayar, menurut laporan akhar, Ahram.

“Keputusan mahkamah itu akan dihantar kepada kapten kapal pada hari ini,” kata Ahram seperti dipetik agensi berita, Xinhuanet.

“Kapal dengan bendera Panama itu secara rasmi ditahan di Tasik Great Bitter di wilayah Ismailia, timur laut Kaherah berikutan penundaan pembayaran pampasan oleh pemilik Ever Given warga Jepun,” menurut laporan itu yang memetik Pengerusi Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA), Osama Rabie.

Menuurt undang-undang maritim, Mahkamah Ekonomi di Ismailia telah meluluskan permintaan SCA untuk merampas secara rasmi kapal tersebut sehingga pampasan dibayar.

“Kami sedang berbincang dengan pemilik kapal untuk mecapai resolusi mengenai perkara ini tanpa mengambil jalan keluar kepada perundangan,” kata Rabie sambil menambah pemilik warga Jepun itu telah menawarkan 90 peratusĀ  daripada jumlah yang dituntut SCA.

Kapal kontena itu terkandas di Terusan Suez pada 23 Mac lalu dan trafik kembali bergerak pada Mac 29 selepas ia diapungkan. – MalaysiaGazette