Home Nasional Rapid KL tebang pokok berisiko tumbang

Rapid KL tebang pokok berisiko tumbang

Gambat Hiasan. foto SYAFIQ AMBAK, 27 OKTOBER 2020

UALA LUMPUR – Rapid KL akan menebang pokok-pokok berisiko tumbang di sepanjang jajaran Laluan Ampang/Sri Petaling.

Ini bagi mengurangkan kemungkinan insiden dahan dan pokok tumbang menghempap trek dan mengganggu perkhidmatan tren.

Rapid KL telah mengenalpasti 20 hingga 25 pokok berisiko untuk ditebang di sepanjang laluan berkenaan.

“Aktiviti penebangan pokok di dalam jajaran telah dijalankan oleh pihak Rapid KL mulai tahun 2019, di sekitar Stesen Maluri, Pandan Jaya, Chan Sow Lin dan Cheras. Ketika ini, lebih kurang 20 ke 25 batang pokok telah dikenalpasti untuk ditebang di sepanjang kawasan trek yang terletak di atas tanah (at grade). Pihak Rapid KL akan meneruskan kerja-kerja penebangan pokok ini sehingga selesai.

“Pihak Rapid KL juga akan bekerjasama dengan pihak ketiga yang terlibat seperti Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain bagi pokok-pokok yang berada di luar jajaran. Rapid Rail akan bekerja rapat dengan semua yang berkenaan kerana keselamatan penumpang adalah prioriti kami,” menurut Rapid KL.

Dalam masa sama, Rapid KL memohon maaf atas kejadian yang berlaku pada Isnin melibatkan 13 pokok tumbang dan menimpa tren laluan sekitar Stesen Maluri, Pandan Jaya.

Kesemua 13 pokok yang tumbang pada 6:39 petang itu terletak di dalam jajaran Rapid KL dan menyebabkan dua buah tren LRT terkandas di tengah-tengah landasan.

Seramai 1,150 penumpang telah berjaya dikeluarkan dengan selamat dari kedua-dua buah tren yang telah terkandas itu dan proses menyelamat telah selesai pada jam 10.20 malam.

Kerja-kerja pembersihan trek dan pemeriksaan bagi memastikan trek adalah selamat telah dilakukan sepanjang malam tadi.

Rapid KL juga melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti tahap kerosakan yang telah dialami oleh kedua-dua tren yang terlibat.-MalaysiaGazette