Home Seni Hidup Dapur Infaq agih sebungkus nasi buat golongan rentan

Dapur Infaq agih sebungkus nasi buat golongan rentan

350 bungkus nasi percuma diedarkan sukarelawan Dapur Infaq Ummah kepada golongan rentan di sekitar Kuantan.

KUANTAN – Sukarelawan Pertubuhan Dapur Infaq mengedarkan 350 bungkus nasi berlauk sebagai bekalan berbuka puasa kepada golongan rentan di sekitar Jalan Wong Ah Jang dan Jalan Pasar Besar Kuantan.

Pengerusi dapur Infaq Ummah, Badrul Kamili Kamaruddin berkata, walaupun sumbangan itu berupa sebungkus nasi namun nilainya besar buat golongan yang terputus bekalan makanan dan tidak berkemampuan.

Golongan ini sentiasa menanti nasi yang dibekalkan terutama ketika musim pandemik ini.

Golongan rentan  mematuhi SOP semasa  menerima juadah berbuka puasa di Jalan Wong Ah Jang dan Jalan Pasar besar Kuantan.

Tambahnya, usaha murni yang dilakukan sejak tiga tahun lalu bagi mendekati masyarakat di lorong pusat bandar itu semakin membuahkan hasil apabila pelbagai pihak turut bersama menghulurkan bantuan.

Mereka termasuk Majlis Agama Islam Adat Melayu Pahang (MUIP), Kerajaan Negeri Pahang, badan swasta, selain daripada sumbangan individu persendirian.

Para sukarelawan membantu mengagih nasi pada setiap petang

“Setiap petang, sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan datang membantu mengagihkan sumbanga selepas gotong royong menyiapkan bahan dan memasak seawal 11 pagi.

“Untuk Ramadan kali ini, sebanyak 350 agihan dibuat setiap hari sehingga 28 Ramadan dengan aneka lauk berbeza setiap hari,” katanya.

Badrul turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank Rakyat 1100112829 atas nama Pertubuhan Dapur Infaq Ummah atau hubungi 0168841894 “ katanya ketika ditemui MalaysiaGazette

Siti Khadijah Mohd

Siti Khadijah Mohd, 70 tahun sentiasa menanti dua bungkusan nasi yang dapat membantu beliau dan cucunya.Seorang, penerima Nur Hafizah Abdullah berkata, pemberian nasi percuma setiap hari ini  membantu meringankan beban yang ditanggungnya dan mengharapkan program ini diteruskan.

“Alhamdulillah syukur sangat dapat bantuan ini terutama dalam bulan Ramadan.

“Saya harap masyarakat di luar sana memberi sokongan kepada komuniti seperti kami untuk mendapat kehidupan lebih baik,” katanya. – MalaysiaGazette