KUALA LUMPUR – Pemain muda Malaysia yang kini beraksi secara pinjaman bersama Azul Claro Numazu dalam saingan J3 League, Hadi Fayyadh disahkan mengalami kecederaan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).
Berita itu diumumkan di laman web rasmi oleh kelab tersebut.
Hadi Fayyadh dilaporkan mengalami kecederaan ACL dilutut sebelah kanan pada 23 Mac lalu ketika menjalani sesi latihan.
Menurut maklumat itu juga, Hadi Fayyadh akan menjalani pembedahan sebelum dihantar pulang ke Fagiano Okayama untuk meneruskan rawatan lanjut termasuk proses pemulihan.
Dalam kenyataan sama, Azul Claro Numazu memberitahu, tarikh pembedahan akan ditentukan dan maklumat lanjut berkaitan akan diumumkan selepas selesai pembedahan dilakukan. – MalaysiaGazette