Home Nasional Dakwaan anggota polis mati selepas terima dos kedua Covid-19 tidak benar

Dakwaan anggota polis mati selepas terima dos kedua Covid-19 tidak benar

ACP Mohd Zaid Hassan decayed body Jalan Broga drain
Mohd Zaid Hassan

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Polis Mohd Zaid Hassan menafikan kematian seorang anggota polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) akibat komplikasi suntikan kedua dos Covid-19.

Menurut beliau, maklumat yang tular itu tidak betul.

Sebaliknya polis masih lagi menunggu siasatan dan hasil keputusan bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Kajang.

”Maklumat yang tular pada hari ini di laman media sosial Facebook dan melalui aplikasi Whatsapp kononnya akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin Covid-19 adalah tidak benar sama sekali,” katanya

Beliau berkata, polis sedang menyiasat berita paslu ini dan menyarankan kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang tidak benar berkenaan maklumat ini yang boleh meresahkan orang ramai. – MalaysiaGazette