HONG KONG – Taikun media pro-demokrasi Hong Kong, Jimmy Lai telah dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan setelah didapati bersalah melakukan perhimpunan yang tidak dibenarkan.
Lai adalah salah seorang daripada beberapa aktivis yang sebelumnya didapati bersalah atas tuduhan berkaitan dengan demonstrasi pro-demokrasi pada tahun 2019.
Pengasas Apple Daily yang berusia 73 tahun adalah pengkritik tajam Beijing.
Keputusan itu dibuat ketika Hong Kong semakin sengit memperjuangkan hak dan kebebasannya.
Beberapa aktivis lain juga dijatuhkan hukuman kerana menyertai dua demonstrasi, pada 18 Ogos dan 31 Ogos 2019.
Mereka termasuk juru kempen veteran Martin Lee, 82, dan peguam Margaret Ng, 73, yang hukumannya ditangguhkan. – MalaysiaGazette