KUALA LUMPUR – Mengimarahkan bulan Ramadan, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperuntukkan sebanyak RM174,000 untuk program AMAL Ihtimam Ramadan 2021 bagi dimanfaatkan anggota barisan hadapan dan insan kurang berkemampuan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed berkata, menerusi program itu seramai 20 keluarga asnaf dibantu dengan dengan setiap keluarga menerima sumbangan sebanyak RM300 diberikan dalam bentuk barangan keperluan bernilai RM100 dan selebihnya adalah wang tunai.
Mengulas lanjut beliau berkata, pada tahun ini tahun ini, bank itu bekerjasama dengan Masjed Jamek Kampung Baru dalam melaksanakan program tersebut termasuk mengedarkan bubur lambuk kepada 3,000 anggota barisan hadapan dan juadah berbuka puasa kepada lebih kurang 300 orang awam.
“Ini selari dengan agenda kita untuk kongsikan bersama dengan masyarakat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program itu di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, hari ini.
Dalam masa sama Bank Islam, katanya, menyumbang zakat bernilai RM5,000 kepada masjid ikonik tersebut bagi manfaat komuniti dan jemaah setempat.
Ujar beliau, meskipun terdapat kekangan untuk melaksanakan program AMAL Ihtimam Ramadan 2021 namun Bank Islam komited untuk meneruskan tradisi yang telah diamalkan sejak penubuhannya 38 tahun lalu.-MalaysiaGazette