Home Utama Majistret tolak permohonan reman lima pelakon, produser video iklan raya judi –...

Majistret tolak permohonan reman lima pelakon, produser video iklan raya judi – Peguam

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini dilaporkan menolak permohonan polis untuk menahan reman lima pelakon dan produser video iklan raya promosi judi yang viral baru-baru ini.

Menurut salah seorang peguam kepada pelakon berkenaan, Navin Punj daripada Gabriel Susayan and Partners, majistret memberi alasan bahawa kesemua pelakonĀ  dalam video berkenaan adalah pelakon bebas dan bukan kakitangan syarikat berkenaan.

“Reman pelakon video itu ditolak hari ini oleh mahkamah di IPD Dang Wangi tapi kita telah akujanji dengan pihak polis sekiranya dipanggil untuk bantu siasatan kita akan kerjasama.

“Ditolak atas alasan kesemua mereka adalah pelakon bebas dan bukan bekerja dengan syarikat itu, mereka hanya diupah untuk buat video tersebut,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas hadir untuk berjumpa dengan anak guamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sebenar tadi.

Tambah Navin, kesemua mereka akan dibebaskan oleh polis hari ini.

Tiga lagi pelakon dan penerbit diwakili seorang lagi peguam.

Menurut Navin, anak guamnya tidak mengetahui apa-apa skrip ketika rakaman video itu dibuat.

“Semasa rakaman, mereka tidak tahu skip video itu apa. Tidak ada skrip video, tidak ada lagu dan muzik. Video diambil awal sebelum kejadian ini jadi panas. Sebab itu majistret menolak permohonan reman tapi kerjasama kita akan beri,” katanya lagi.

Navin berkata, anak guamnya itu ditahan di IPD Sentul ketika hendak membuat laporan balas mengenai penularan video berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah menahan lapan individu untuk membantu siasatan mengenai video mempromosikan judi dalam talian itu.

Mereka yang ditahan adalah lima lelaki dan tiga wanita yang disyaki terlibat sebagai pelakon, agen artis, jurukamera, serta produser dan pengarah video dalam pengambaran video tersebut.

Kesemua individu yang ditangkap mengaku menerima bayaran bagi pembikinan pengambaran video berkenaan yang diadakan di dua lokasi di Ampang dan Hulu Selangor.

Kelapan-lapan individu itu ditahan dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Pihak yang paling utama untuk didakwa adalah syarikat yang mempromosi iklan judi tersebut, kemudian penerbit, pengarah dsb?

    Susah sangat ke?

  2. mereka pelakon dan penerbit .. funder tu yg penting .. sindiket tu yg penting tangkap … adooii

Comments are closed.