Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) yang juga rakan Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus setia bersama UMNO BN tidak kira apa jua pergolakan politik berlaku ketika ini.
Malah hasrat untuk terus bersama malah menjadi komponen BN adalah hasrat dan keinginan sekian lama lebih 30 tahun oleh kedua-dua mendiang Presiden IPF iaitu Tan Sri MG Pandithan dan juga Datuk M Sambathan yang meninggal dunia pada 2019.