Home Nasional SK Bukit Setongkol sahaja yang ditutup

SK Bukit Setongkol sahaja yang ditutup

ACP Mohamad Noor Yusof Ali.

KUANTAN – Hanya Sekolah Kebangsaan Bukit Setongkol ditutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan bermula semalam berdasarkan notis perintah tutup premis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali yang mengesahkan perkara itu tiada sekolah lain terlibat seperti yang ditularkan dalam media sosial.

Terdahulu tular mesej mengatakan Sekolah Menegah Abdul Rahman Talib, Asrama SMK Semai Bakt, SMK Cenderawasih, SMK Tok Sera akan ditutup susulan penularan jangkitan Covid-19.

“Maysarakat Kuantan yang lestari, gunakan media sosial ini untuk kebaikan bukan untuk menakutkan atau menviralkan perkara-perkara yang tidak betul

“Banyak sekolah yang ditularkan ditutup, jadi saya bagi nasihat jangan viralkan benda tidak betul.

“SK Bukit Setongkol, ya ditutup dan ini disahkan oleh PKD dan kami buat pemantauan.

“Jangan tambah senarai sekolah lain, ini memberi merunsingkan masyarakat,” kata Mohamad Noor.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melakukan memantau pematuhan Prosedur Operasi standard (SOP) oleh peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Stadium

Mengulas dakwaan syarikat Konsensi Alam Flora Sdn Bhd tidak beroperasi selama 14 hari ekoran pekerja dikuarantin dan disahkan positif Covid-19, Mohamad Noor berkata, seramai 18 orang pekerja telah dikuarantin.

Susulan itu, beliau meminta kerjasama masyarakat untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal.

“Jika penduduk dapat bekerjasama, dalam taman berpakat dengan mengumpul dan menguruskan sampah di satu tempat, ini adalah lebih baik,” ujarnya. – MalaysiaGazette