Prosiding rayuan kes berprofil tinggi, SRC International Sdn Bhd (SRC) penyewelengan dana RM42 juta melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak disambung pada hari ke-9, hari ini.
Pasukan pendakwaan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram dijangka berhujah mengenai bab pecah amanah (CBT) di hadapan tiga panel hakim, diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.