Home Utama TMJ tak mahu aktiviti kokurikulum sekolah letak syarat kaum berulang

TMJ tak mahu aktiviti kokurikulum sekolah letak syarat kaum berulang

FB_IMG_1618825966827-640x427
Tunku Ismail hari ini turut berkenaan menerima menghadap Timbalan Pengarah JPN (Pemangku Pengarah JPN Johor), Sahilon Abd Halim, Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat, Dr Suhaimi Ismail,Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail Abu dan Pengetua SMK Dato' Bentara Luar, Abdul Razak Hamid di Markas Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di Johor.

Dalam hantaran di akaun Facebook rasminya, baginda bertitah, sekolah adalah tempat memupuk semangat perpaduan rakyat Johor, bukan untuk memecah belahkan masyarakat.

“Saya menerima makluman kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat yang membabitkan syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum.

“Tindakan ini tidak selaras dengan Bangsa Johor yang memupuk perpaduan antara kaum di bawah satu identiti untuk semua rakyat Johor.

“Kejadian ini perlu dielakkan untuk mengekalkan kesejahteraan awam dan perpaduan rakyat,” titah baginda.

Tunku Ismail hari ini turut berkenaan menerima menghadap Timbalan Pengarah JPN (Pemangku Pengarah JPN Johor), Sahilon Abd Halim, Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat, Dr Suhaimi Ismail,Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail Abu dan Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar, Abdul Razak Hamid di Markas Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).

Semalam media melaporkan, Abdul Razak memohon maaf kerana insiden mengasingkan kegiatan kokurikulum berdasarkan bangsa dan jantina pelajar.

Abdul Razak dilaporkan berkata, pihaknya terlepas pandang mengenai isu kaum dalam maklumat yang diedarkan kepada semua pelajar Tingkatan 1, berhubung pendaftaran dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.

Beliau turut berjanji, tidak akan mengulangi kesilapan yang berlaku.- MalaysiaGazette

4ce319a3196522b846c41ae602eba8ed?s=150&d=mp&r=g
+ posts

2 Komen

Comments are closed.