Home Nasional Orang Asli Gua Musang fail injuksi terhadap Kerajaan Negeri Kelantan

Orang Asli Gua Musang fail injuksi terhadap Kerajaan Negeri Kelantan

logo mahlamah

KUALA LUMPUR – Orang Asli Kg Kelaik di Gua Musang Kelantan memfailkan permohonan injunksi terhadap Kerajaan Negeri Kelantan bersabit isu pencerobohan tanah pusaka yang didakwa milik nenek moyang mereka.

Menerusi satu kenyataan, Jawatankuasa Bertindak Qrang Asli berkenaan berkata, permohonan  dibuat di Mahkamah Tinggi Kota Bahru.

Terdahulu, kes kampung berkenaan mendapat injunksi interim pertama pada 18 Mac yang lalu menerusi permohonan yang dibuat oleh tiga orang wakil penduduk iaitu Ahak Uda, Aziz Angah dan Anjang Uda.

Menurut jawatankuasa berkenaan, status injunksi yang dilanjutkan sekali lagi pada 7 April yang lalu akan ditentukan pada 25 April nanti.

Untuk rekod, tiga wakil penduduk berkenaan memfailkan saman terhadap 14 entiti termasuk kerajaan negeri Kelantan pada 11 Mac yang lalu atas dakwaan pencerobohan tanah pusaka mereka.

Mereka menamakan Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd, Redstar Capital Sdn Bhd, Aqua Orion Sdn Bhd, Damai Corporate Services Sdn Bhd, Sindiyan Sdn Bhd dan Sindiyan Agro Park Sdn Bhd, Ladang Kelantan Sdn Bhd, Ikrar Bumi Sdn Bhd, Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd, Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd sebagai defenden pertama hingga ke-10.

Selain itu, ia turut membabitkan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kelantan, Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakos) dan kerajaan negeri Kelantan selaku defendan ke-11 hingga ke-14.-MalaysiaGazette