Home Dunia Pegawai polis didapati bersalah bunuh George Floyd

Pegawai polis didapati bersalah bunuh George Floyd

Derek Chauvin digari selepas hakim mendapati dia bersalah dalam tiga pertuduhan membunuh George Floyd tahun lalu. foto Agensi

WASHINGTON – Bekas pegawai polis Minneapolis, Derek Chauvin didapati bersalah atas dua tuduhan membunuh dan satu tuduhan bunuh tanpa kematian atas kematian George Floyd.

Keputusan itu dibuat oleh hakim dalam perbicaraan berprofil tinggi itu.

Sebaik sahaja keputusan itu diumumkan oleh hakim Peter Cahill, tertuduh yang mendengarkan di ruang kamar mahkamah digari dan ditahan oleh Pejabat Polis Daerah Hennepin.

Para juri mendapati Chauvin, seorang lelaki kulit putih, bersalah atas pembunuhan darjah kedua, pembunuhan tahap ketiga dan pembunuhan darjah dua, ketiga-tiga tuduhan yang didakwa atas pembunuhan lelaki kulit hitam, Floyd.

Chauvin mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan itu.

Artikel berkaitan:Keluarga Floyd terima pampasan AS$27 juta

Floyd: Tunjuk perasaan rekod kes kematian tertinggi di Chicago

Bekas polis didakwa bunuh Floyd ditawar jaminan AS$1.25j

Iktibar tragedi Floyd: Aktivisme tanpa kekerasan

Tertuduh berdepan dengan hukuman penjara selama 12.5 tahun bagi tuduhan bunuh darjah kedua,

Chauvin akan menghadapi hukuman penjara kira-kira 12.5 tahun untuk tuduhan pembunuhan darjah kedua, 12.5 tahun bagi tuduhan bunuh darjah ketiga dan empat tahun tuduhan pembunuhan tahap dua, menurut garis panduan hukuman di Minnesota.

Oleh kerana Chauvin tidak memiliki rekod jenayah sebelumnya, dia akan berpeluang untuk tidak menjalani hukuman maksimum untuk ketiga-tiga tuduhan tersebut iaitu 40 tahun untuk pembunuhan darjah kedua, 25 tahun untuk pembunuhan tahap ketiga, dan 10 tahun untuk pembunuhan tahap dua.

Walaupun begitu, pihak pendakwa mengatakan mereka akan menjatuhkan hukuman yang lebih keras.

Cahill memaklumkan beliau akan mengumumkan hukuman dalam tempoh lapan minggu dari sekarang. – MalaysiaGazette