Home Nasional Pendaftaran vaksin Covid-19 hampiri 10 juta

Pendaftaran vaksin Covid-19 hampiri 10 juta

Dr. Adham Baba

KUALA LUMPUR – Jumlah pendaftaran penerima vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini menghampiri 10 juta permohonan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, jumlah pendaftaran ini meningkat lebih 50,000 berbanding semalam.

“Jumlah pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan 9,100,472,” katanya di Twitter hari ini.

Untuk rekod, semalam pendaftaran adalah 9,048,237 individu sahaja.

Selangor mencatat pendaftaran tertinggi dengan 2,385,020 diikuti Johor dengan 1,136,149 individu.

Sarawak dengan 836,980; Kuala Lumpur 728,241; Perak 668,935; Pulau Pinang 629,910; Kedah 509,723; Sabah 437,432; Negeri Sembilan 377,933; Pahang 371,099; Kelantan 306,444; Melaka 300,127; Terengganu 259,995; Perlis 64,836; Putrajaya 55,906; dan Labuan dengan 31,742 pendaftaran.

Dalam pada itu, jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin Covid-19 setakat semalam adalah pada paras 1,210,779 dos.

“748,444 orang terima dos pertama dan daripada jumlah itu, 462,335 orang telah terima dos kedua,” jelas Adham.

Selangor terus menjadi negeri penerima vaksin tertinggi dengan 104,338 bagi dos pertama dan 65,961 bagi dos kedua.

Selain itu, Kuala Lumpur dengan 82,907 untuk dos pertama dan 42,638 untuk yang telah melengkapi kedua-dua dos; ia diikuti dengan Johor 71,877 (dos pertama), 34,209 (dos kedua); Sarawak 70,887 (dos pertama), 38,864 (dos kedua); Perak 61,804 (dos pertama), Sabah 48,942 (dos kedua); Sabah 60,624 (dos pertama), 43,741 (dos kedua);

Pahang 48,365 (dos pertama), 33,221 (dos kedua); Pulau Pinang 46,373 (dos pertama), 31,760 (dos kedua); Kedah 47,361 (dos pertama), 27,789 (dos kedua); Negeri Sembilan 35,690 (dos pertama), 22,650 (dos kedua); Kelantan 35,538 (dos pertama), 21,241 (dos kedua).

Manakala Terengganu 32,326 (dos pertama), 22,658 (dos kedua); Melaka 24,482 (dos pertama), 12,046 (dos kedua); Perlis 13,142 (dos pertama), 9,491 (dos kedua); Putrajaya 8,533 (dos pertama), 4,805 (dos kedua) dan Labuan dengan 4,197 bagi dos pertama serta 2,319 yang telah melengkapkan suntikan vaksin mereka. – MalaysiaGazette