Home Politik Apa sebenarnya kedudukan hutang negara, soal Asyraf

Apa sebenarnya kedudukan hutang negara, soal Asyraf

Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Datuk Asyraf Wajdi Dasuki mempersoalkan apakah sebenarnya kedudukan hutang negara ketika ini.

”Apakah pinjaman dari pasaran tempatan berjumlah RM75 bilion dalam tempoh tak sampai 4 bulan sahaja, tidak mencukupi sehingga terpaksa pula berhutang dari pasaran luar?,” soal Ketua Pemuda UMNO itu.

Soalan bertubi-tubi itu ditanya susulan pengumuman kerajaan berjaya menerbitkan sukuk berdaulat yang dikenali Sukuk Kelestarian Malaysia bernilai AS$1.3 bilion.

Menurutnya, sukuk adalah instrumen kewangan Islam yang bererti kertas hutang atau dalam istilah kewangan konvensional dipanggil bon.

Soalnya lagi, apakah penambahan hutang luar ini akan menyebabkan hutang negara melepasi had hutang 60% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Hutang Negara yang diluluskan di Parlimen.

Tegasnya, persoalan-persoalan di atas memerlukan jawapan yang tuntas kerana rakyat pastinya tidak rela kerajaan berperisaikan Ordinan Darurat untuk berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan dan pemantaian Parlimen.

Lebih membimbangkan, kata Asyraf, jika Ordinan Darurat dijadikan alat untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara bagi membolehkan kerajaan menjarah tabung simpanan masa depan negara yang berjumlah RM16.9 bilion.

”Sebab itulah amat wajar Parlimen dibuka bagi memastikan wujud pemantauan serta elemen semak dan imbang bagi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat terbela,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Malaysia terbit sukuk kelestarian berdaulat berdenominasi dolar AS pertama dunia

1 Komen

Comments are closed.