Home Akhbar Cina Skim “Brunei Investment” tipu RM1.96 juta dalam setengah tahun

Skim “Brunei Investment” tipu RM1.96 juta dalam setengah tahun

police cartel EAIC senior judge sexual harassment police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim wild party Kajang police station OCS
Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Skim penipuan ‘Brunei Investment Agency’ yang aktif sejak Oktober lalu dengan menjanjikan bonus antara 18 hingga 50 peratus telah membolot lebih RM1.96 juta daripada sekurang-kurangnya 104 mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya tela membuka siasatan terhadap skim Ponzi itu.

Katanya, polis setakat ini bagaimanapun belum membuat sebarang tangkapan.

Jelasnya, skim itu tidak pernah melakukan apa-apa pelaburan yang sebenar, tetapi memberi pulangan kepada pelabur dengan rekrut peserta baharu.

“Selagi ada peserta baharu, maka modal mereka akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Tetapi apabila pelabur baharu sudah tiada satu hari nanti, skim ini akan lebur begitu sahaja,” katanya kepada Sinchew Daily.

Beliau berkata, setakat Sabtu lalu, polis telah menerima aduan 104 mangsa dari sembilan negeri membabitkan nilai RM1.96 juta.

Pulau Pinang mencatatkan paling banyak kes sebanyak 37 aduan, diikuti Johor (27), Kuala Lumpur (12), Selangor (sembilan), Perak (tujuh), Negeri Sembilan (enam), Melaka (tiga), Kedah (dua) dan Pahang (satu).

Mangsa diajak untuk melabur melalui Facebook dan WhatsApp ke dalam dua pakej yang menjanjikan pulangan bonus 18 peratus hingga 50 peratus.

Walaupun menerima bonus yang dijanjikan pada peringkat awal. Mangsa sedar telah ditipu apabila gagal menerima apa-apa pulangan selama beberapa bulan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.