KUALA LUMPUR – Sebuah lori dengan muatan tanah melanggar lori tangki yang membawa minyak sawit berlaku di KM15.9km (GCE) petang tadi.
Akibat kemalangan itu berlaku tumpahan minyak sawit di lokasi berkenaan.
Serentak itu, Prolintas Expressway Sdn. Bhd, pengendali lebuh raya tersebut terpaksa menutup kesemua lorong bagi kerja-kerja pembersihan dan laluan kontra telah diaktifkan untuk membantu melancarkan aliran trafik.
Pihak GCE akan mengeluarkan maklumat kemaskini mengenai kejadian dari masa ke semasa menerusi akaun Twitter GCE @GCEtrafik.
Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi arahan lalu lintas dan berhati-hati ketika memandu. – MalaysiaGazette