Home Nasional Tiga bazar Ramadan diarah tutup setakat ini – Zuraida

Tiga bazar Ramadan diarah tutup setakat ini – Zuraida

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin pada Program Biro Srikandi Muda Malaysia di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, 23 APRIL 2021

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,122 bazar Ramadan dilaporkan beroperasi di seluruh negara, dengan tiga daripadanya diarah tutup kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata,ia membabitkan dua lokasi bazar di Terengganu dan satu di Gombak, Selangor.

Tambah beliaui, satu bazar di Pulau Pinang dikompaun kerana gagal mematuhi SOP penganjuran Bazar Ramadan.

“Mereka boleh dibuka semula dengan pematuhan semula SOP,” katanya selepas Program Srikandi Muda sambil menambah mungkin pengendali bazar Ramadan yang ditutup itu tidak mempunyai pengalaman.

Menurut Zuraidan, penganjur bazar, peniaga dan pengunjung mungkin merasa kekok ketika bazar mula beroperasi pada 13 April lalu.

“Alhamdulillah, dah seminggu ni, keadaan lebih stabil, teratur dan tersusun kerana sudah ada pengalaman. Awal-awal dahulu, dua, tiga hari itu memang kelam kabut sedikit. Sekarang sudah lebih tersusun dan teratur sistemnya,” ujarnya. – MalaysiaGazette