Home Politik UK tak perlu isytihar darurat, gantung Parlimen untuk kekang Covid-19 – Najib

UK tak perlu isytihar darurat, gantung Parlimen untuk kekang Covid-19 – Najib

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di Malaysia semalam adalah lebih tinggi berbanding 2,232 kes pada 11 Januari semasa darurat diumum.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kes Covid-19 di United Kingdom (UK) sekarang lebih rendah berbanding Malaysia biarpun jumlah penduduknya jauh lebih tinggi dan pernah menjadi negara yang paling terkesan akibat mutasi.

Menurut beliau, walaupun sudah tiga bulan setengah darurat tetapi jumlah kes Covid-19 di negara ini lebih tinggi.

Sedangkan UK tidak mengumumkan darurat dan tidak perlu gantung Parlimen untuk membendung Covid-19.

Tetapi UK berjaya mengekangnya dengan menggunakan sekatan pergerakan yang lebih efektif dan program pemberian vaksin yang amat cekap sehingga lebih 50% daripada penduduk mereka telah divaksin.

Hasilnya, kata Najib, jumlah kes baharu Covid-19 semakin turun dan kebanyakan larangan telah dimansuh termasuk pembukaan semula pub dan kelab malam.

UK juga dijangka mencapai tahap imuniti kelompok pada sekitar bulan Jun iaitu sebelum cuti musim panas mereka.

Dengan ini, kerajaan UK telah memberi isyarat bahawa warga mereka mungkin dibenarkan keluar negara untuk melancong ke negara-negara tertentu pada masa itu. – MalaysiaGazette