Home Nasional Lapan kluster baharu libatkan enam negeri

Lapan kluster baharu libatkan enam negeri

Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette centenarian 100 year-old Covid-19 death daily cases
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lapan kluster baharu Covid-19 hari ini, melibatkan enam negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daripada kluster tersebut membabitkan tempat kerja, tiga lagi kluster sekolah dan selebihnya melibatkan jangkitan komuniti serta pusat tahanan.

“Kluster-kluster berkenaan adalah dua di Selangor, satu di Johor, Melaka (1), Kelantan (1) dan Sarawak (2),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kluster-kluster tersebut adalah Kluster Putai, Kluster Ladang Paris Dua, Kluster Jalan Melaka Raya, Kluster Jalan Bukit Naga, Kluster Jalan Kuala Garing, Kluster Halban Dua, Kluster Pagar Sri Lalang dan Kluster Rayang.

Dalam pada itu Noor Hisham memaklumkan, kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Putai (199 kes), Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth (48 kes) dan Kluster Jalan Hospital (36 kes).

Katanya lagi, sebanyak sembilan kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Paya Bemban, Kluster Jalan Indah Gemilang Satu, Kluster Industri Permata, Kluster Jalan Tenteram, Kluster Jalan Gemilang Tiga, Kluster Teluk Air Tawar, Kluster Jalan Hang Tuah, Kluster Jalan Perdana, dan Kluster Persiaran Jaya. – MalaysiaGazette

+ posts