Kesesakan luar biasa di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama di sini bukan perkara baharu bahkan ia telah berlarutan sejak lima tahun lalu hingga menjejaskan kehidupan pelajar dan ibu bapa yang terlibat.
Lebih malang apabila kesesakan dikesan bertambah buruk pada waktu puncak, antara jam 5 petang hingga 6.30 petang apabila pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah yang bersebelahan keluar untuk balik ke rumah.