Home Politik Guna budi bicara sebelum kompaun – Zahida

Guna budi bicara sebelum kompaun – Zahida

Zahida Zarik Khan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menggunakan pendekatan budi bicara sebelum bertindak mengeluarkan sesuatu kompaun kepada pesalah. yang ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Malah, pihak berkuasa itu juga boleh sahaja memberikan amaran terlebih dahulu, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Menurutnya, tidak ada salahnya jika perkara itu dilakukan lebih-lebih ketika negara berdepan pandemik Covid-19 ketika ini di mana semua orang berada dalam kesukaran.

“Tiada salahnya pada penguatkuasaan undang-undang dalam tempoh Perintah Kawalan sekarang ini, cuma dalam situasi tertentu pihak Polis mungkin boleh gunakan ‘budi bicara’ atau amaran sebelum kompaun di keluarkan.

“Sekiranya peniaga masih berdegil, baru lah kompaun sewajarnya dikenakan jika jelas mereka melanggar SOP,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zahida mengulas mengenai nasib peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kador, 38, di Kampung Rambutan Rendang, di Kelantan apabila dikompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) di negeri itu ketika ini.

Menurut Zahida lagi, perasaan simpati perlu ada kepada peniaga seperti Wan Mohd Faisal yang mana pendapatan todak seberapa dengan hanya menjual burger.

“Jadi kalau kompaun hingga RM50,000 ni berapa tahun pula mereka nak kumpul untuk bayar?

“Jika gagal bayar saudara Wan Mohd Faisal akan diheret ke mahkamah,” ujarnya.

Zahida turut memberitahu bahawa beliau mempunyai ramai rakan yang berniaga kecil-kecilan termasuk peniaga burger tepi jalan.

Katanya, beliau amat simpati dengan nasib mereka lebih-lebih lagi dengan pendapatan yang tidak seberapa. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. bukit aman kenaKOMPAUN BESAR pada KP JOHOR AYOB KHAN tebar roti canai tanpa PELITUP MUKA DAN TIADA JARAK pengamal MEDIA….telus DAN KOMPAUN jangan tutup mata jika berlaku pada pihak sendiri

  2. Penjual burger tu ingkar SOP berulang-kali tak serik kata orang, so sila merayu kurangkan kompoun kepada para pesakit pandemic yang perlu wang banyak untuk rawatan pwrubatan okay.

Comments are closed.