Home Nasional Malaysia, Uzbekistan terus terokai peluang kerjasama baharu

Malaysia, Uzbekistan terus terokai peluang kerjasama baharu

FFC8EAB2-DF44-4DAC-BD7C-AAF4F7FB710B-640x427

KUALA LUMPUR – Malaysia akan terus meneroka peluang kerjasama baharu dengan Uzbekistan dalam sektor pertanian dan industri makanan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ketika meneima kunjungan Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov, kedua-dua pihak berbincang mengenai pelbagai aspek hubungan dua hala dalam sektor pertanian dan industri makanan.

“Uzbekistan merupakan antara negara rakan dagangan Malaysia di Asia Tengah yang mempunyai potensi pasaran yang tinggi.

“Hubungan baik menyaksikan antara Januari hingga November tahun 2020, perdagangan pertanian kedua-dua negara memihak kepada Malaysia berjumlah RM115.03 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hadir sama pada pertemuan di Wisma Tani, di sini, ialah Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Mohd Nasir Wassir.

Tambahnya, ia membabitkan nilai eksport perdagangan pertanian Malaysia ke Uzbekistan berjumlah RM145.97 juta dan nilai import berjumlah 30.94 juta.

Produk eksport kebanyakannya adalah produk kopi, koko, teh, rempah dan buah-buahan, manakala produk import adalah sayur-sayuran dan buah-buahan, ujarnya. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts