Home Nasional Pemandu kereta dikhuatiri maut akibat dihempap pokok tumbang

Pemandu kereta dikhuatiri maut akibat dihempap pokok tumbang

Keadaan sebuah kereta dihempap pokok di Jalan Perak, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN –  Seorang pemandu kereta dikhuatiri maut akibat dihempap pokok tumbang dalam satu kejadian di Jalan Perak di sini hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku jam 9.30 pagi melibatkan sebatang pokok berketinggian 10 meter dengan ukur lilit dua meter telah tumbang dan menghempap sebuah kereta Proton Wira.

Anggota penyelamat sedang melakukan kerja-kerja memotong pokok bagi mengeluarkan mangsa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar ketika dihubungi MalaysiaGazette berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.38 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Buat masa ini kita tidak pasti jumlah Mangsa yang terlibat memandangkan kereta itu dihempap sepenuhnya.

Jalan Perak ditutup susulan pokok tumbang hempap sebuah kereta.

“Kerja-kerja memotong pokok serta mengeluarkan mangsa sedang dilakukan,” kata Saadon.

Berita lanjut akan menyusul.- MalaysiaGazette