LONDON – Pemilik Spotify merekrut tiga legenda Arsenal untuk membeli kelab Emirates itu daripada pemilik, Stan Kroenke.
Para peminat membantah mengenai bilionair warga Amerika Syarikat yang menguruskan the Gunners, Ek yang memiliki aset bernilai £3.4bilion mengisytiharkan minat mengambil alih kelab tersebut.
Usahawan berjaya warga Sweden itu berkata, dia merupakan peminat Arsenal.
“Jika KSE boleh menjual Arsenal, saya bersedia untuk mengambil alih kelab itu,” katanya dalam satu laporan.
Media mendakwa pemilik Spotify telah berjaya merekrut tiga bekas pemain Arsenal dan terlibat dalam usaha untuk mengambil alih kelab itu.
Thierry Henry, Dennis Bergkamp dan Patrick Vieira kesemuanya sedang bekerja rapat dengan Ek untuk mengambil alih kelab itu.
Andai kata usaha itu berjaya, ketiga-tiga bekas pemain itu berpeluang diberi tanggungjawab utama di Emirates.
Malah, ketiga tiga bekas pemain itu meluahkan minat mereka untuk kembali ke kelab Utara London sebelum ini.- MalaysiaGazette