MUAR – Seorang pengusaha pasar mini didakwa di Mahkamah Majistret Muar, Johor hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita, kelmarin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Gui Chui, 69 tahun kerana ia di luar bidang kuasa mahkamah tersebut.
Tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa mandarin di hadapan Majistret, Zuraidah Abu Bakar.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian kepada Norain Abu Samah, 41 tahun.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lampu Isyarat Bypass Temenggong Ahmad Jalan Pintasan Bandar Muar, pukul 7.45 pagi, Ahad lalu.
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Putera Amirool Faez Suhasi manakala tertuduh diwakili peguam, RK Balakrishnan.
Kes disebut semula pada 25 Mei ini.
Norain maut manakala anaknya parah selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Johor.
Ketua Polis Daerah Muar Zaharudin Rasip, berkata Toyota Hilux yang dipandu Gui Chui, dari arah Parit Jawa menghala ke pusat bandar Muar tidak berhenti ketika lampu isyarat merah, lalu melanggar kereta Perodua Myvi.
Dalam kejadian 7.46 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan manakala anaknya, Nur Nabila Alisha Mohd Zalisham, 19, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan parah.
Siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang dipandu Chui, dari arah Parit Jawa menghala ke pusat bandar Muar memandu dengan kelajuan yang tinggi.
Suspek juga tidak berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang baru bergerak selepas lampu hijau. – MalaysiaGazette
Ini baru betul. Tindakan mcm tu bukan kemalangan tp sengaja. Harap takda la mana mana doktor yg sanggup gadai prinsip dengan keluar surat kata pemandu ni bawah pengaruh ubat pulak yer. Mcm mcm akal puak cam ni kalau nak lepas diri.
Tertuduh tu sorg warganegara, tapi pertuduhan dibaca dlm bahasa mandarin.
Perkara begini tk sepatutnya berlaku. Sedangkan org Bangladesh mai dok tk sampai setahun pun kt Malaysia ni dah pun boleh cakap dan paham bahasa melayu.
Elok diperkenalkan satu peraturan baru, kpd mana² warganegara yg tk fasih bahasa kebangsaan wajib masuk kelas sampai dia fasih bercakap dan faham bahasa kebangsaan. Klau dicadangkan denda satgi ada org kata itu menganiaya rakyat plak. Tapi hakikatnya rakyat tu yg ambik berat dlm hal sebagai warganegara Malaysia yg meletakkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Setiap rakyat wajib tahu dan paham bahasa kebangsaan.
Apa yang hendak dihairankan cina dan keling tak cakap bahasa kebangsaan sedangkan baka PKM letak senjata hanya selepas Tanah Besar China memberhentikan biayai PKM di tahun 1989 pun disanjung hormat sebagai warganegara tempatan tanpa repatriasi ke negara asal mereka dan warga China di Penang tak tahu cakap Melayu pun boleh dapat MyKad sah, kan?