Home Politik Jangan heret Wanita UMNO dalam kancah politik tidak sihat – Noraini

Jangan heret Wanita UMNO dalam kancah politik tidak sihat – Noraini

Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini menegaskan tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semata-mata untuk mendapatkan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh seorang Exco Wanita UMNO baru–baru ini tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

”Pertemuan sedemikian tidak pernah berlaku dan dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.,” tegasnya yang menjawab dakwaan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Exco Wanita UMNO, Datuk Shamsiah Mohd Yassin bahawa wujud gerakan menyokong pelantikan Anwar sebagai perdana menteri.

Malah, beliau meminta pihak terlibat tidak mengheret Wanita UMNO ke dalam kancah politik yang tidak sihat.- MalaysiaGazette