KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) sah bergelar suami kepada seorang gadis yang dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud hari ini, lapor CNN Indonesia.
Menerusi laman Instagram miliknya, pendakwah berusia 44 tahun itu berkongsi foto majlis pernikahan bersama isterinya yang berusia 19 tahun dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai.
Foto tersebut menerima lebih 750,00 tanda suka selain puluhan ribu komen peminat dan pengikutnya yang mengucapkan tahniah selain mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.
Sebelum ini, UAS mendirikan rumah tangga dengan Mellya Juniarti pada 2012 sebelum bercerai pada 3 Disember 2019.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mizyan Hadziq Abdillah. – MalaysiaGazette
Semoga bahagia dan berkekalan hendaknya…
Insya Allah…