OTTAWA – Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Kanada telah dibatalkan sekali lagi dalam kalender musim 2021 ini.
Perlumbaan itu akan digantikan pada 11 hingga 13 Jun 2021 di Trek Turkey Istanbul Park.
Ini merupakan tahun kedua berturut-turut acara di Monreal itu dibatalkan berikutan kebimbangan penularan kes Covid-19.
Larangan ketat pengembaraan menyukarkan kemasukan ke Kanada tanpa kuarantin mandatori 14 hari, kata F1 dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, kontrak untuk perlumbaan F1 di Montreal iaitu trek Curcuit Gillers Villeneuve telah dilanjutkan lagi hingga 2031.
Kanada sedang berdepan peningkatan kes Covid-19 di Ontario manakala Quebec pula terjejas teruk.
Presiden F1, Stefano Domenicali berkata, walaupun ada kekangan tidak dapat meneruskan perlumbaan di Kanada musim ini, pihaknya gembira untuk mengesahkan Turki akan menganjurkan GP 2021 kali ini. – MalaysiaGazette