KUALA LUMPUR – TRB Marketing Sdn. Bhd. (TRB), syarikat pengeluar penapis air mudah alih jenama Biocera yakin dapat menjual 30,000 produk itu sepanjang tahun ini.
Pakar Konsultan Biocera, Nurul Afiqah Nabilah Azhar berkata, keyakinan itu berdasarkan produk itu kini menjadi keperluan harian dan keistimewaannya sebagai penapis mudah alih yang menghasilkan air alkali antioksida yang bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Beliau menjelaskan, pihaknya turut menyasarkan setiap rumah wajib memiliki satu unit penapis air mudah alih Biocera pada masa akan datang.
“Kelebihan produk ini adalah ia dapat menghasilkan air alkali antioksidan yang sangat bagus untuk kesihatan badan kita kerana pada masa yang sama membantu sistem imun badan kita.
“Air alkali antioksida inijuga boleh membantu mengurangkan kesakitan seperti gout, sendi, gastrik, badan berangin, meningkatkan imuniasai badan, sembelit, melangsingkan badan selain mendapatkan kulit yang cantik,” katanya.
Produk Biocera yang diimport dari Korea ini berada di pasaran negara ini sejak tahun 2004.
Nurul Afiqah menambah, keunikan produk ini juga apabila mudah dibawa ke mana-mana tanpa menggunakan elektrik.
Menurutnya, selain ringan, ia merupakan teknologi tinggi dari Korea yang mendapat pengiktirafan antarabangsa
“Selain mudah alih, harga yang ditawarkan adalah mampu milik dan mudah dipasang apabila terus boleh digunakan.
“Pada masa sama, produk ini tahan lama dan memiliki filter yang mudah ditukar,” katanya.
Nurul Afiqah memberitahu, pihaknya yakin produk penapis mudah alih mempunyai potensi besar pada masa akan datang.
Ini kerana kata beliau, kebanyakannya masyarakat hari ini tidak mengetahui kebaikan air alkali dan berpendapat penapis air lain sama antara sama lain.
“Bagi yang tahu apa kebaikan air alkali, ia akan terus mendapatkan penapis air mudah alih Biocera untuk kehidupan harian mereka,” katanya.
Sementara itu, bagi mereka yang berminat mendapat Biocera ini, mereka boleh menghubungi talian +6017-5617125 atau layari Facebook: Princess Eryqa atau Instagram: Biocera_hq_trb. – MalaysiaGazette