Home Dunia India rekod lebih 400,000 kes baharu Covid-19 kurang 24 jam

India rekod lebih 400,000 kes baharu Covid-19 kurang 24 jam

NEW DEHLI – India mencatat lebih 400,000 kes baharu Covid-19 dalam tempoh tidak sampai 24 jam hari ini.

Sebanyak 3,523 kematian baharu dicatat menjadikan jumlahnya mencecah 211,853 mangsa setakat ini.

Menurut Kementerian Kesihatan sebanyak 401,993 jangkitan baharu dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 19.1 juta kes.

Media India turut melaporkan pendedahan pakar yang mengesyaki perangkaan sebenar kes Covid-19 di negara itu jauh lebih tinggi berikutan kekurangan ujian saringan. -MalaysiaGazette