KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara individu yang berjaya mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca.
Ahli Parlimen Muar itu berkongsi perkara itu menerusi akaun Twitternya.
”Alhamdulillah berjaya daftar. Semoga semua urusan vaksinasi dipermudahkan,” kata beliau.
Malah, beliau turut berkongsikan notifikasi yang memaklumkan butiran temujanji akan diberikan dalam tempoh 48 jam melalui aplikasi MySejahtera atau perkhidmatan pesanan ringkats.
Semalam, penduduk Kuala Lumpur dan Selangor ditawarkan untuk menerima vaksin Covid-19 AstraZeneca.
Mereka yang tampil dengan sukarela itu boleh mendapatkan tarikh dan tempat untuk menerima suntikan, dengan tempahan mula dibuka tengah hari ini berdasarkan “siapa cepat, dia dapat”.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, mereka yang berminat hanya perlu mendaftar di http://vaksincovid.gov.my dan pilih tarikh serta tempat pemberian vaksin (PPV).
Beliau berkata, janji temu pertama bagi slot vaksinasi akan dijalankan pada 5 Mei di PPV Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.
Katanya, selepas pilih tarikh dan tempat PPV, anda akan diberikan notifikasi mengenai waktu vaksinasi anda menerusi aplikasi MySejahtera atau menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Ini adalah satu-satunya cara bagi memilih untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca. – MalaysiaGazette
Penduduk KL, Selangor boleh tempah vaksin AstraZeneca mulai esok – Khairy