KUALA LUMPUR – Persatuan Perusahaan Kecil Sederhana Malaysia (Samenta) meminta agensi-agensi penguatkuasa untuk menggunakan pendekatan rundingan dalam perkara melibatkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
Pengerusi Samenta Pusat, Datuk William Ng berkata, walaupun perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus mematuhi SOP, kadang-kadang ada masalah di luar kawalan mereka.
Oleh itu, Samenta mencadangkan amaran tegas diberikan jika didapati ada PKS melanggar SOP untuk pertama kalinya atau dikenakan denda yang lebih kecil dan bukannya maksimum RM 50,000 seperti mana yang dikeluarkan pada masa ini.
“Kami tidak menentang penguatkuasaan SOP dan mengalu-alukannya.
”Walau bagaimanapun, kami menggesa agar pendekatan rundingan digunakan kerana peserta PKS juga mengimbangi keperluan untuk terus mengawasi Covid-19 sambil memastikan kelangsungan ekonomi rakyat Malaysia biasa,” katanya bimbang dengan hukuman maksimum yang dikenakan kepada peniaga kerana beroperasi melebihi waktu yang dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan,baru-baru ini.
Pada masa sama, William turut meminta semua PKS lebih berhati-hati dan mematuhi sepenuhnya semua SOP dan memastikan tidak ada pelanggaran tersebut oleh para pelanggan.
Kaedah ini, akan mengelakkan berlaku konfrontasi yang tidak perlu dengan pihak berkuasa dan membantu negara dalam memastikan angka Covid-19 terkawal. – MalaysiaGazette
Sila konrantasi dengan para pesakit pandemic yang perlukan wang kompoun bayar rawatan perubatan ingat free jer ke?