Home Nasional Kenyataan PKP di seluruh Selangor palsu – MKN

Kenyataan PKP di seluruh Selangor palsu – MKN

MKN nafi keluar poster SOP Perintah Kawalan Pergerakan 10-20 May 2021 yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kenyataan yang tular bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Selangor akan dilaksanakan mulai esok atau 5 Mei ini.

Ia menegaskan, kenyataan berkenaan adalah palsu dan orang ramai disarankan berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Dalam kenyataan di sini, MKN turut menafikan kesahihan poster bertajuk SOP Perintah Kawalan Pergerakan 10-20 May 2021 melibatkan negeri-negeri PKP, PKPB (Bersyarat) dan PKPP (Pemulihan) seperti yang tular di media sosial.

MKN menjelaskan poster berkenaan kembali tular sedangkan pihaknya belum mengeluarkan sebarang kenyataan perkara tersebut.

Oleh itu, orang ramai diminta menghentikan penyebaran poster tersebut kerana boleh mengakibatkan kegusaran awam. – MalaysiaGazette