Home Nasional MAIPk nafi tak bantu warga emas daif

MAIPk nafi tak bantu warga emas daif

Logo MAIPK

IPOH – Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menafikan dakwaan pihaknya tidak tampil membantu warga emas yang rumahnya menunggu masa menyembah bumi di Parit Telok Pial Baroh, Kuala Kurau baru-baru ini.

MAIPk dalam satu kenyataan berkata, kehidupan Ropiah Abdurrosid, 85, bersama anak serta cucunya mendapat perhatian pelbagai agensi tempatan pada tahun 2019 susulan insiden cucu kepada warga emas itu maut akibat tertusuk pisau.

Jelasnya, kejadian itu membongkar kehidupan keluarga terbabit yang menghuni rumah dalam keadaan daif.

ARTIKEL BERKAITANWarga emas rayu bantuan, rumah tunggu masa sembah bumi

“Susulan itu, sebuah rumah baru didirikan atas nama anak lelakinya, Supian Samsuri yang tinggal bersama warga emas tersebut.

“Tidak boleh bina rumah baru di tapak asal susulan status pemilikan tanah susulan itu, satu rumah dibina tidak jauh dari rumah asal selain mampu menampung isi rumah sedia ada.

“Rumah tersebut siap pada Februari tahun lalu dan sebagai tambahan, MAIPk membantu  mengeluarkan kos untuk menambak dan memasang cerucuk bakau bagi pembinaan rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rumah baru buat warga emas serta anak dan cucunya yang siap dibina pada Februari tahun lalu.

Menurut MAIPk, warga emas itu sendiri yang enggan pindah dan mahu kekal di rumah lamanya walaupun rumah baharu sudah siap dibina.

“Gambaran video mengatakan warga emas itu tidak dibantu bagi penilaian MAIPk adalah tidak bertanggungjawab kerana wanita tersebut tidak mahu berpindah bukan tidak dibantu.

“Berkaitan wang saraan hidup, warga emas itu mempunyai anak yang mampu menyara keperluannya,” kata kenyataan yang sama. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Warga emas boleh sewakan rumah baru untuk kutip sewa rumah baru bagi menambah pendapatan dan baiki rumah lamanya, kan?

Comments are closed.