MGNews: SPRM Segera Siasat ‘Katak’ Politik – Saifuddin

PKR mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua pemimpin politik yang bertindak lompat parti termasuklah ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, desakan itu dibuat selepas pendedahan dibuat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang turut mahu badan itu menyiasat ahli politik lompat parti kerana dakwa beliau wujud amalan rasuah.