Home Dunia Laluan tren runtuh, 13 maut

Laluan tren runtuh, 13 maut

Keadaan di kawasan tragedi di stesen Olivos. foto Reuters

MEXICO CITY – Seramai 13 orang terbunuh manakala 70 lagi cedera selepas sebahagian laluan tren metro di stesen Olivos runtuh.

Rakaman video kejadian itu menunjukkan laluan tersebut runtuh di atas beberapa buah kereta.

Sebuah gerabak tren juga tergantung.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 10.30 malam.

Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum berkata, operasi menyelamat sedang dijalankan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan. – MalaysiaGazette