PETALING JAYA – Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) menerima layanan lebih adil dan saksama, bebas dan diterima sebagai rakan kongsi sama rata dalam Parti Perikatan Nasional (PN).
Presidennya, Datuk Dominic Lau Hoe Chai mengakui budaya seumpama itu tidak wujud semasa Gerakan menganggotai Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Beliau mengakui PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin melayan parti komponennya sebagai rakan kongsi sama rata dan diberi peluang meluahkan pendapat.
“Dalam suasana mesyuarat Kepimpinan PN peringkat Pusat baru-baru ini, semua suara parti komponen dalam PN didengari sepenuhnya yang mana kami diberi ruang seluas-luasnya untuk meluahkan pandangan serta cadangan untuk membantu mendekati dan menangani permasalahan rakyat dan PN.
“Inilah perbezaan yang sangat unikdan wujud dalam PN di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita, tetapi di dalam BN dulu ia kuranglah,” katanya kepada pemberita selepas majlis Berbuka Puasa Gerakan Bersama Media dis sebuah hotel di sini malam ini.
Tambah Hoe Chai, Gerakan juga diberi kebebasan mengemukakan permohonan untuk bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 tanpa terikat dengan sistem kuota atau pengagihan kerusi secara tradisional.
Ujar beliau, sebagai gabungan baharu, rundingan kerusi antara parti komponen dalam PN berlangsung secara terbuka dan telus tanpa terikat dengan penetapan kuota tertentu kepada sesebuah parti.
“Kita sekarang dalam norma baharu kehidupan sejak tahun lalu selepas Covid melanda negara yang mana geopolitik semasa menyaksikan kita tiada kerusi tradisional lagi seperti yang berlaku dahulu bersama BN (ada pengagihan kerusi tradisi) yang mana Gerakan bertanding 12 kerusi Parlimen dan 33 kerusi negeri.
“Sekarang ini pengagihan kerusi tidak lagi bersandarkan kepada konsep tradisional lagi kerana dalam PN siapa-siapa parti yang mempunyai potensi peratusan menang yang tinggi di sesebuah kawasan itu, maka dia akan jadi calon untuk menangkan PN.
“Inilah norma baharu politik yang kita lima komponen PN telah setuju, asalkan nak menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang,” ujarnya.
Gerakan telah diterima sebagai anggota PN sejak Februari lalu selepas meninggalkan BN sebaik sahaja gabungan berkenaan tewas pada PRU14.
Menurut beliau, kekalahan calon Gerakan, Wendy Subramaniam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, selepas bertanding atas tiket sendiri memberi mesej jelas bahawa parti itu tidak boleh bergerak sendirian.
Ditanya mengenai kerjasama dengan Pas selepas bersemuka sebagai rakan seanggota dalam PN berbanding sebelum ini Gerakan pernah memfailkan semakan kehakiman tulisan Jawi yang ditekankan Pas, Dominic Lau berkata, hubungan Gerakan dengan parti Islam itu lebih baik dan positif dalam PN.
“Kalau lihat penerimaan kerjasama Pas dengan Gerakan dalam PN, Gerakan lebih faham tentang agama Islam, dan kami juga memerlukan lebih banyak pertemuan bersama Pas untuk membolehkan saling memahami antara satu sama lain demi kebaikan bersama dan kemakmuran rakyat.
“Malah kelebihan gabungan PN adalah ia tidak ada rekod kesalahan rasuah berbanding gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH).
“Kita ada rekod, uruskan Pulau Pinang selama 39 tahun dengan bersih, tiada kes mahkamah, tetapi 13 tahun DAP memerintah di Pulau Pinang sudah bersangkut dengan beberapa kes mahkamahdan begitu juga PH dan BN masing-masing mempunyai kes di mahkmah,” katanya. – MalaysiaGazette
Sokong keluarga besar di tanah kecil lagi sempit Malaysia macam adik-beradik walaupun melahap babi, minum arak dan sembah berhala atau baka komunis nanti dapat geran tanah kepada yang ada hak warganegara Tanah Besar China dan India. Hidupkan semula kejayaan menentang Malayan Union. Tengok negara kecil DR ratifikasi ICERD tetapi sila Google: Dominican Republic stripped citizens