Home Seni Hidup MG Prihatin santuni golongan kurang bernasib baik

MG Prihatin santuni golongan kurang bernasib baik

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima, Hendra Ardi Jumain pada Program Malaysia Gazette (MG) Prihatin 2021 di Apartment Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 07 MEI 2021

KUALA LUMPUR – Menjelang Aidilfitri minggu depan, portal MalaysiaGazette (MG) meneruskan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan mengambil inisiatif memberi sumbangan kepada golongan memerlukan.

Agihan bantuan hasil tajaan pelbagai syarikat korporat, swasta dan individu menerusi Program MG Prihatin 2021 dilakukan kepada penduduk setempat yang rata-rata kurang berkemampuan yang terdiri golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit kronik seperti strok, kanser, buah pinggang serta mangsa kemalangan.

Menurut Ketua Pengarang MG, Noraini Abdul Razak, selain berperanan mengajak pelbagai pihak bekerjasama dalam program CSR, portal itu juga mahu menjalinkan hubungan rapat menerusi aktiviti sosial bersama masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak (kiri) beramah mesra bersama penerima sumbangan, Suriani Jab (kanan) pada Program Malaysia Gazette (MG) Prihatin 2021 di Apartment Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 07 MEI 2021

“Tambahan lagi, kita kini berada di penghujung bulan Ramadan. Dengan bantuan yang barang dapur dan wang tunai diharap dapatlah membantu sedikit sebanyak meringankan beban kepada golongan yang tidak bernasib baik ini.

“Program MG Prihatin 2021 juga bertujuan untuk menyemai amalan bersedekah serta melahirkan rasa simpati kepada golongan ini bagi membuktikan mereka tidak dipinggirkan masyarakat lain,” katanya.

Beliau hadir menyampaikan barangan keperluan keperluan dapur dan wang tunai kepada 10 keluarga terpilih di Apartmen Desa Tasik di Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Penerima sumbangan, Asafi Ali menunjukkan keadaan kakinya selepas berlaku kemalangan pada Program Malaysia Gazette (MG) Prihatin 2021 di Apartment Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 07 MEI 2021

Noraini menambah, sebanyak 20 lagi akan disantuni menerusi Program MG Prihatin 2021 pada hujung minggu ini termasuk mereka yang tinggal di kawasan setinggan.

Beliau juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu dengan sumbangan yang menggalakkan diterima pada tahun ini.

Sementara itu, pelbagai syarikat korporat, swasta dan individu tampil menghulurkan sumbangan kepada program MG Prihatin 2021 menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima, Nur Arina Mohd Arifin (tengah) pada Program Malaysia Gazette (MG) Prihatin 2021 di Apartment Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 07 MEI 2021

Mendahului senarai penyumbang, Tenaga Nasional Berhad yang komited meneruskan program CSR dengan menyalurkan sumbangan bernilai RM10,000.

Antara penaja lain adalah Adabi Consumer Industries Sdn Bhd yang berbesar hati menyumbangkan sebanyak 80 kotak produk keluaran mereka bernilai RM5,000.

Tidak ketinggalan, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang menaja 50 kampit beras untuk bersama-sama menyertai Program MG Prihatin ini.

Kakitangan Malaysia Gazette melakukan persiapan barangan keperluan untuk disumbangkan pada Program Malaysia Gazette (MG) Prihatin 2021 di Apartment Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 07 MEI 2021

Ini merupakan tahun ketiga Bernas bekerjasama dengan MG untuk menjayakan program CSR itu.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) turut menaja minyak masak bernilai RM3,000.

Manakala MSM Malaysia Holdings Berhad pula menyumbang gula.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak bersama kakitangan MG bergambar bersama penerima sumbangan pada Program Malaysia Gazette (MG) Prihatin 2021 di Apartment Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 07 MEI 2021

Penaja lain adalah bekas Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy dan syarikat produk pewangi pelbagai guna jenama Bliese, selain parti politik seperti MCA dan Gerakan.

Turut menyalurkan sumbangan ialah Wan & Wan Resources serta individu lain termasuk kakitangan MG menerusi sumbangan peribadi.

Sementara itu, agihan bantuan berbentuk wang tunai dan barang keperluan dapur itu disasarkan kepada keluarga dalam golongan B40, fakir miskin dan mereka yang terdesak memerlukan sumbangan.

Kakitangan Malaysia Gazette melakukan persiapan barangan keperluan untuk disumbangkan pada Program Malaysia Gazette (MG) Prihatin 2021 di Apartment Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 07 MEI 2021

Program MG Prihatin 2021 akan menjelajah keluarga di kawasan Bandar Tun Razak bermula hari ini selama tiga hari.

MalaysiaGazette masih mengalu-alukan tajaan dan sumbangan daripada individu-individu dan syarikat korporat yang mahu bersama-sama menyertai MG Prihatin.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat MalaysiaGazette di talian 03-9054 6842.  – MalaysiaGazette

Kakitangan Malaysia Gazette melakukan persiapan barangan keperluan untuk disumbangkan pada Program Malaysia Gazette (MG) Prihatin 2021 di Apartment Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 07 MEI 2021