KUALA LUMPUR – Hari ini genap tiga tahun Kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 di mana ekonominegara menjadi lebih teruk apabila diperintah oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, harapan tinggi rakyat jelas meleset apabila pelbagai janji sebelum pilihan raya tidak berjaya ditepati malah lebih teruk banyak aset negara telah dijual.
“Hari ini, genap 3 tahun kerajaan BN kalah PRU-14. Mesti ramai yang ingat bila BN tidak memerintah, negara akan lebih baik. Rupanya lebih teruk apabila Atuk dan geng PH memerintah.
“Sebelum dapat mandat, macam-macam janji bulan bintang ditabur. Sampai menjanjikan hutang PTPTN akan dihapuskan.
“Rupanya-rupanya yang dihapuskan adalah aset strategik negara yang dikumpul oleh kerajaan BN. Mereka kata “manifesto bukan kitab suci”, katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya di sini hari ini.
Najmil Faiz yang Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu berkata, apabila kini Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih yang diterajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), muncul pula idea untuk mencetak wang dan diagihkan kepada rakyat.
Kata beliau, UMNO hanya berada dalam PN hanya sementara demi melindungi keselamatan rakyat daripada pandemik Coviod-19.
“Kini, zaman kerajaan PN pula yang dipimpin BERSATU. Ada pula idea nak cetak wang agih pada rakyat.
“Matlamat UMNO dalam kerajaan PN hanyalah sementara dan mengikut saranan Tuanku Agong untuk bantu melindungi nyawa dan keselamatan rakyat dari berlakunya PRU dalam pandemik Covid-19.
“Apa pun kita balik asal pada PRU-15 akan datang. Undi BN, kita bina semula negara. Selamat petang dunia tipu tipu,” katanya. – MalaysiaGazette
Kepala hnggok hang… Puihh BN Umno pelingkop Melayu dulu kini selamanya
Ini lah hakikat yang perlu ditelan oleh UMNO/BN apabila pemimpin UMNO terutama Najib begitu angkuh dan menjadi seperti seorang diktator dalam memerintah negara. Najib mahu apa yang dia inginkan mestilah ditelan oleh rakyat jelata. Rakyat merintih apabila GST 6 peratus dilaksanakan. Harga barang mencanak naik dan tidak pernah turun walaupun pecacai pecacai UMNO seperti Ahmad Maslan dan rakan rakan meraikan GST untuk menurunkan harga. Pendapatan negara naik sebanyak 42 bilion setahun, tetapi pendapatan rakyat menurun sepanjang tahun. Kerajaan BN tidak pernah berniat untuk mengkaji atau mengurangkan kadar GST, sehinggakan beras yang menjadi makanan asasi rakyat juga dicukai dengan begitu rakus. Jangan lupa campur tangan Rosmah Mansor dan keluarga dalam pentadbiran kerajaan. Rakyat melihat bagaimana Rosmah anak beranak menaiki jet kerajaan untuk keseluruh dunia dan berbelanja mewah sehingga jam sebutir berharga 500 ribu. Skandal IMDB yang cuba disembunyikan yang akhirnya meletup dan menteri menteri yang tidak sehaluan dipecat kerana nak sembunyikan bangkai 1MDB ini. Adakah rakyat terlalu bodoh untuk menerima UMNO/BN? Selagi UMNO dipimpin oleh “penyamun”, jangan haraplah rakyat akan kembali menyokong UMNO. Rakyat dan ahli UMNO mengharapkan perubahan kepimpinan, tetapi para “penyamun” tetap mahu mempertahankan kedudukan didalam UMNO, selagi itu rakyat akan menjauhi. Orang orang muda dialam UMNO mesti melakukan sesuatu dan tidak terus menjadi pak turut dengan mengharapkan habuan dalam kepimpinan. Selagi UMNO tidak mengubah kepimpinan, harapan PH untuk berkuasa terbuka luas. Rakyat bukan benci UMNO, tetapi bencikan kepimpinan yang menguasai UMNO sekarang. Berubahlah.
sejarah tidak MENIPUU….UMNO 1946 TELAH DIHARAMKAN…..umNO skrg hanya suntikan baru…maka masih mengakui 75 tahun….PERJUANGAN UMNO 46 LEBIH IKHLAS DAN TULEN UTK AGAMA BANGSA NEGARA…..BERBANDING skrg yg SINONIM….nak KAYA dapat KOMISEN DAN PROJEK masuk umno…nak dpt undian RUMAH MURAH keutamaan ahli mereka….ketua cawangan mereka pun berlagak YB boleh rasmi segala majlis…malah tanpa rasa kemaluan boleh masuk sekolah dn premis kerajaaan