Home Nasional GOJO tawar diskaun 10 peratus kepada penerima vaksin

GOJO tawar diskaun 10 peratus kepada penerima vaksin

Ketua Pegawai Operasi GOJO, Pradeep Kumar.

KUALA LUMPUR – Syarikat e-Hailing yang kian pesat berkembang di Malaysia, GOJO memperkenalkan beberapa inisiatif dan ciri menarik dalam usaha usaha menyokong  menyertai Program Vaksinasi Kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

Ketua Pegawai Operasi GOJO, Pradeep Kumar berkata, inisiatif itu direka khusus untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia dan ekspatriat yang berdaftar bagi mengurangkan beban masyarakat dalam menghadapi pandemik ketika ini.

Jelas beliau, ia dirancang untuk membantu masyarakat khususnya kelompok B40 dalam menjayakan program vaksinasi kerajaan dan membantu membuat tempahan perjalanan lebih awal bagi memastikan penerima vaksin Covid-19 tidak terlepas temujanji mereka.

“Pihak GOJO dan para pemandu amat berbangga dengan program vaksinasi ini dan menyokong sepenuhnya program vaksinasi ini.

“Diskaun 10 peratus ke atas akan diberikan bagi tambang perjalanan untuk semua rakyat Malaysia dan ekspatriat untuk perjalanan pergi dan balik dari pengambilan vaksinasi.

“Pihak GOJO juga menawarkan ciri tempahan awal di mana pelanggan boleh membuat tempahan lebih awal sebelum waktu temu janji bagi memastikan mereka tidak terlepas untuk sesi vaksinasi yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pradeep menambah, bagi menikmati tawaran istimewa ini, meraka hanya perlu muat turun GOJO – aplikasi Ehailing perjalanan dan menggunakan kod promo VAKSIN untuk mendapatkan potongan harga bagi setiap perjalanan.

Untuk tempahan itu, orang ramai boleh melayari http://onelink.to/gojovaksin.

Sementara itu, teknologi pengenalan wajah GOJO Malaysia juga memastikan keselamatan di mana ia memberi amaran kepada pemandu atau pelanggan bahawa memakai topeng muka adalah wajib.

GOJO kini telah menjadi aplikasi e-hailing yang paling pesat berkembang di Malaysia dengan mencatatkan 160,000 muat turun dari pelanggan dan pemandu. – MalaysiaGazette