Home Dunia Brazil tangguh pemberian vaksin Astra Zeneca untuk wanita hamil

Brazil tangguh pemberian vaksin Astra Zeneca untuk wanita hamil

RIO DE JANEIRO – Brazil menangguhkan proses imunisasi vaksin AstraZeneca terhadap wanita hamil atas nasihat pakar kesihatan negara itu.

Kementerian Kesihatan negara itu sedang menyiasat kes kematian seorang wanita di Rio de Janeiro yang menerima vaksin tersebut.

Berikutan pihak berwajib tidak mengesahkan laporan itu telah mengundang rasa tidak senang dalam kalangan rakyatnya ketika ini.

Malah regulator Anvisa kelmarin mengesyorkan penangguhan segera vaksin AstraZeneca bagi wanita hamil.

Ia seiring dengan pemantauan berterusan terhadap kejadian buruk vaksin anti-COVID yang digunakan di negara itu.

Dalam pada itu, Sekretariat Kesihatan Perbandaran Rio de Janeiro dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa memutuskan untuk menangguhkan penggunaan vaksin terhadap wanita hamil dan wanita yang baharu bersalin.

Keputusan itu mungkin akan kekal sehinggal siasatan rapi dapat dijalankan oleh pihak berwajib berkaitan vaksin tersebut. -MalaysiaGazette