CHANDHIGARH , India – Keadaan pandemik Covid-19 di Haryana, India semakin meruncing dengan statistik terbaru menunjukkan sekurang-kurangnya enam orang maut setiap sejam.
Menurut portal berita Indian Express, negeri ini terus mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 tertinggi antara 1 hingga 11 Mei dengan sekurang-kurangnya 12,000 kes.
Malah satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 yang dicatatkan dari tempoh tersebut iaitu seramai 1,694 orang.
Menteri Kesihatan Haryana, Anil Viji berkata, rata-rata pesakit yang dijangkiti Covid-19 berasal dari bandar iaitu sebanyak 62 peratus.
Setakat 30 April lalu, sebanyak 4,216 kes kematian dilaporkan namun ia naik mendadak pada bulan ini.
Dilaporkan angka kematian meningkat kepada 5,910 kes pada 11 Mei lalu dengan 152,274 kes baharu dicatatkan di negeri itu pada 1 hingga 11 Mei lalu. – MalaysiaGazette