Suasana malam di Kampung Jenjarom di sini meriah dihiasi cahaya pelita menjelang sambutan hari raya Aidilfitri.
Beberapa buah rumah turut dilimpahi sinaran lampu neon dan diod pemancar cahaya (LED) sekali gus memberi gambaran seolah-olah sedang berada di I-City yang terletak di Shah Alam.