Home Nasional Pemangku Raja Pahang berangkat tunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Pemangku Raja Pahang berangkat tunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah menunaikan Solat Sunai Aidilfitri bersama 50 jemaah dengan pematuhan SOP

KUANTAN – Sambutan Aidilfitri diraikan secara sederhana, namun penuh penghayatan rasa kesyukuran dalam gaya norma baharu di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 pada pagi tadi.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.

Doa ditadah memohon keberkatan di pagi Syawal 1442H

Jemaah hanya terhad kepada 50 orang seperti tertakluk dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan dalam Majlis Keselamatan Negera (MKN) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Takbir raya memecah sunyi ruang legar solat masjid dirai dengan penuh keinsafan manakala khutbah raya dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri 1, Datuk Badlishah Alauddin.

ARTIKEL BERKAITAN :

Pahang benarkan Solat Sunat Aidilfitri di masjid, surau

Pemangku Raja Pahang rasmi Masjid Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr. Sallehudin Ishak dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Terdahulu JAIP meletakkan garis panduan sambutan Aidilfitri di mana menghadkan seramai 50 jemaah di masjid dan 20 jemaah di surau bagi menunaikan solat Sunat Aidilfitri.

Sejurus selesai Solat Sunat Aidilfitri, pintu pagar hendaklah ditutup pada pukul 9.30 pagi bagi memastikan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pahang.

Ziarah tanah perkuburan dan berkunjung ziarah program Hari Raya Aidilfitri dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan. – MalaysiaGazette.