Home Sukan Klopp raikan kemenangan pertama di Old Trafford

Klopp raikan kemenangan pertama di Old Trafford

Liverpool mencerahkan peluang ke kempen liga juara-juara Eropah musim hadapan dengan merekodkan kemenangan di Old Trafford awal pagi tadi.

LONDON – Jurgen Klopp meraikan kemenangan pertamanya di Old Trafford awal pagi tadi apabila Liverpool bangkit menewaskan Manchester United 4-2.

Kemenangan itu mencerahkan peluang untuk melayakkan diri ke kempen Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Dalam aksi penuh dramatik itu disebalik protes penyokong ke atas Glazer di luar stadium dengan dikawal ketat polis Manchester, United mengejutkan pelawat menerusi gol Bruno Fernandes seawal minit ke-10 separuh masa pertama.

Bagaimanapun Liverpool bangkit menyamakan kedudukan menerusi Diego Jota pada minit ke34.

Dengan berbekalkan semangat gol penyamaan itu skuad Jurgen Klopp terus menyerang sebelum membuka gol kedua menerusi Roberto Firmino pada minit terakhir ke45 sebelum wisel separuh masa pertama ditiup.

Bermula separuh masa kedua, Firmino menambah jaringan 3-1 pada minit ke-47 sebelum Rashford menjaringkan gol kedua untuk Red Devils.

Namun ia tidak cukup untuk menghalang anak buah Klopp untuk menyumbat gol kemenangan keempat pasukan mereka menerusi Salah pada minit terakhir ke-90.

Manchester United hanya perlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan tempat kedua dalam carta liga dan melayakkan diri ke kempen Liga Juara Eropah musim depan.

Dengan kemenangan di Old Trafford Liverpool lebih bersemangat untuk menghadapi perlawanan akan datang untuk menempah tiket ke kempen Liga Juara Eropah musim hadapan.-MalaysiaGazette