Home Nasional Najib bimbang anak kapal dari India tidak dikuarantinkan

Najib bimbang anak kapal dari India tidak dikuarantinkan

revocation of Emergency Ordinance Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak 1MDB debts KWAN 1Malaysia Development Berhad
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kerajaan sepatutnya tidak membenarkan individu di darat berinteraksi dengan anak kapal dari India atau memasuki ke ruang kabin bagi mengelakkan penularan varian mutasi berkembar India ke Malaysia.

Malah, larangan juga perlu dikuatkuasa kepada anak-anak kapal daripada mendarat ke Malaysia bagi tempoh ini, sebaliknya segala urusan boleh dilakukan secara panggilan video sahaja.

Datuk Seri Najib Razak yang bimbang penularan dari India ke Malaysia susulan kenyataan Jabatan Laut Malaysia yang memaklumkan semua kapal yang tiba dari India ke Malaysia tidak diwajibkan menjalani proses kuarantin 14 hari di laut.

Katanya, kebimbangannya berasas kerana gelombang kedua Covid-19 di Hong Kong pada Ogos tahun lalu menerusi kru kapal asing.

”Ianya juga pernah berlaku pada masa yang sama di Malaysia dengan kluster MV Glen di mana seorang agen perkapalan yang merupakan warga Malaysia telah dijangkiti oleh seorang krew kapal. Kes agen perkapalan ini telah diklasifikasikan sebagai penularan tempatan.

”Kluster MV Glen bukan kes pertama krew kapal didapati positif Covid di Malaysia. Kluster Alam (8 krew positif Covid) dan kluster Bunga (3 krew) turut melibatkan kapal yang berlabuh di Malaysia tetapi MV Glen merupakan kes pertama di mana seorang krew kapal telah menjangkiti orang tempatan yang bukan krew,” katanya dalam hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette

Kapal dari India tidak wajib kuarantin