LONDON – Bintang pertahanan Brazil, David Luiz akan meninggalkan Arsenal pada akhir musim Liga Perdana Inggeris 2020/21 yang berbaki dua perlawanan lagi.
Pemain berusia 34 tahun itu bersama the Gunners di Stadium Emirates sejak 2019.
Luiz dilaporkan telah berjumpa dengan pengurusan besar the Gunners pada Jumaat dan menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu.
Luiz telah melakukan 30 penampilan bersama the Gunners musim ini tetapi skuad kendalian Mikel Arteta itu mencari bakat baharu untuk menguatkan pasukan selepas mengharungi musim agak buruk kali ini.
Walaupun mengumumkan niat mahu meninggalkan Emirates, bekas pemain Paris Saint Germain dan Chelsea itu masih belum menentukan sama ada mahu terus kekal di England dan mencari kelab baharu untuk meneruskan saingan EPL.
Arsenal yang beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara Erpah selama 25 musim, pertama kali tidak akan muncul di pentas Eropah musim 2021/2022 selepas gagal memastikan kedudukan tujuh teratas carta musim ini.
Anak buah Arteta menghuni tangga kesembilan dalam carta liga utama itu.
Luiz menyertai Arsenal dengan harga £8 juta dari Chelsea pada 2019.
Namun tidak beraksi dalam tiga perlawanan terakhir ini akibat kecederaan otot. – MalaysiaGazette