KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil spesimen dari badan mayat seorang wanita yang terapung dalam perangkap sampah Sungai Batu, Batu 3, Sentul semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) berkenaan dirujuk kepada Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut membantu siasatan kes ini.
Katanya, ujian calitan yang dilaksanakan ke atas mayat wanita itu adalah negatif Covid-19.
Artikel berkaitan: Mayat wanita di perangkap sampah
Mayat wanita terapung di Sungai Batu ada ciri laporan orang hilang
“Proses bedah siasat telah selesai dijalankan sekitar jam 3 petang tadi oleh pasukan perubatan yang diketuai oleh Pegawai Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Yong Yuw Er .
“Punca kematian masih dalam siasatan makmal yang akan mengambil sedikit masa lagi,” katanya dalam kenyataan terkini perkembangan kes itu sebentar tadi. – MalaysiaGazette